Kamus Bahasa Melayu Terengganu

AKAN DATANG!

Harap maaf, Ganutionary kini masih di dalam pembinaan.

0

Istilah Melayu Terengganu

0

Khidmat Nasihat

0

Sukarelawan

0

Rujukan Ilmiah

Perekodan Istilah Ragam Bahasa Melayu Di Terengganu Dan Perincian Penggunaannya

Terdapat beberapa ragam Bahasa Melayu digunakan oleh masyarakat Terengganu Darul Iman. ragam yang paling menonjol dan digunakan secara meluas sehingga melangkaui institusi pendidikan dan kerajaan adalah Ragam Terengganu Pesisir. Manakala sebilangan besar penduduk di lembangan sehingga ke hulu Sungai Terengganu menggunakan Ragam Terengganu Hulu manakala wilayah yang bersempadan dengan Kelantan Darul Naim menggunakan Ragam Kelantan-Pattani.

Oleh kerana tiada pengiktirafan ISO terhadap ragam Bahasa Melayu yang wujud di Terengganu melainkan Ragam Kelantan Pattani (ISO 639-3: mfa & Glottolog: patt1249), maka dikhuatiri tiada usaha pelestarian ragam bahasa di Terengganu terutamanya dari segi perekodan istilah, sebutan dan struktur penggunaannya.

Ganutionary merupakan satu usaha yang dilakukan oleh sekumpulan individu yang menggunakan ragam bahasa di Terengganu sehari-hari untuk merekodkan sebanyak mungkin istilah umum atau istilah arkaik yang pernah digunakan masyarakat Terengganu. Selain itu juga, khidmat nasihat penggunaan istilah dari sudut pandang masyarakat Terengganu juga ditawarkan untuk membantu peminat dan pengguna ragam bahasa di Terengganu menguasai dan melestarikan ragam bahasa di Terengganu.

HUBUNGI KAMI

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Kritik & Saran

Kritikan dan cadangan terhadap pembangunan Ganutionary ini amatlah dialukan agar pembangunan dan perkembangan pelantar ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat. Individu yang berminat untuk menjadi sukarelawan juga boleh menghubungi Ganutionary di saluran yang dipaparkan.

Selain itu juga, jika terdapat cadangan kerjasama di antara pihak-pihak yang berminat, Ganutionary mengalu-alukan perbincangan dan cadangan yang bermanfaat yang memandu kepada kerjasama berterusan dan menyeluruh.

Alamat

1627 Jalan Mawar 17, Taman Permint Jaya Cendering, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman

Emel

ganutalgia@gmail.com